Sunday, November 29, 2009

Tuesday, November 24, 2009

Perang buang lemak bermula!

dipetik dari KOSMO hari ni....

Oleh JESSABELL SOO

jessabell@kosmo.com.my

JURULATIH program, Kristy (kiri) dan Dave.



--------------------------------------------------------------------------------


Di Amerika Syarikat, program realiti ini sudah berjalan selama lapan musim. Popularitinya turut dapat dilihat di United Kingdom dan Australia yang sudah menayangkan tiga musim program yang diberi judul The Biggest Loser itu.
Timur Tengah serta Netherlands sudah melahirkan empat juara untuk program sama. Malah, negara-negara seperti Brazil, Hungary, India, Israel, Mexico, New Zealand, Slovakia dan Afrika Selatan juga tertarik dengan format menarik program realiti yang diisi dengan peserta obesiti.
Menjadi satu-satunya program yang memerlukan pesertanya menguruskan badan untuk menang, kini tiba giliran masyarakat Asia untuk bertanding. The Biggest Loser Asia telah memulakan sesi uji bakat dijalankan di Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia dari penghujung bulan Julai hingga pertengahan Ogos lalu.
Namun, daripada 2,000 orang yang hadir, hanya 30 orang dipilih untuk menjadi peserta program realiti itu. "Kami menawarkan peluang kepada seorang peserta bertuah bukan sahaja untuk memperbaiki secara drastik kualiti hidupnya tetapi juga menjadi jurucakap bagi menangani masalah obesiti di Asia.
"Tidak dilupakan juga pemenang akan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak AS$100,000 (RM338,000) dan sebuah kereta jenama Renault," kata Pengarah Urusan NBC Universal Global Networks Asia Pasifik, Raymund Miranda pada sidang media mempromosikan program itu.


PENGACARA, jurulatih dan mereka yang berada di belakang tabir penerbitan The Biggest Loser Asia.
--------------------------------------------------------------------------------

The Biggest Loser Asia akan ditayangkan setiap pukul 9 malam, setiap Selasa bermula malam ini di saluran Hallmark (Astro 702). Kesemua peserta akan berlatih di bawah dua jurulatih profesional, Dave Nuku dan Kristy Curtis.
"Mereka perlu mengurangkan berat badan yang dikumpul selama ini. Ia satu perjalanan yang emosi bagi peserta kerana mereka bukan sahaja akan mendapat berat badan ideal malah memperolehi keyakinan diri untuk meneruskan hidup.

"Ini kerana ramai yang hadir memberitahu mereka bukan sahaja mempunyai masalah kesihatan tetapi sentiasa ditindas serta diketawa kerana berat badan. Maka, ramai di antara mereka yang hidup dalam kesedihan," jelas Raymund mengenai program yang pertama kali diterbitkan untuk peserta Asia.
Merangkumi 14 episod, program itu juga mahu menyampaikan mesej kepentingan mengurangkan berat badan terutama kandungan lemak. Kesemua peserta berada dalam kem di Melaka dan akan menjalani program diet serta latihan fizikal lain.
Peserta akan dicabar dari segi mental dan fizikal. Mereka perlu menyertai program kesihatan, mengubah rutin hidup yang mewah, tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit dan Internet, diet secara sihat dengan maksimum 1,500 kalori sehari dan pastinya senaman.
PENGACARA The Biggest Loser Asia, Sarimah Ibrahim.
-------------------------------------------------------------------------------
Ia bukan senang kerana mereka akan digoda dengan makanan sedap dan setiap pergerakan mereka akan diawasi kerana penerbit mahu mereka berubah selama-lamanya. Dibahagikan kepada dua kumpulan dan terdapat penyingkiran pada setiap episod, The Biggest Loser Asia dihoskan oleh Sarimah Ibrahim dan akan disaksikan oleh penonton di beberapa buah negara Asia.
Mahu mengetahui siapa antara 30 peserta yang berjaya menyertai program itu? Jangan lupa untuk menyaksikan The Biggest Loser Asia dan mengikuti perjalanan cerita peserta kegemaran anda.



JOM TGK!!!!!!!-AS-

Monday, November 23, 2009

Sessi timbangan

Seminggu sudah berlalu.. dan Alhamdulillah masing2 menunjukkan penurunan berat badan.. Congratulations!!

So skrg ni nak tanye pendapat masing2.. Sessi timbangan weekly ni wajar untuk dilakukan pada setiap  hari Isnin.. ataupon setiap hari Jumaat?
Memandangkan weekend banyak bersama keluarga, apetah lagi pada musim cuti skolah ni, mesti lah byk jemputan kawen disana sini.. So nak tk nak, adakalanya diet terpaksa dikorbankan jugek.. So ade gak terpikir kalo sessi timbangan dibuat sebelum weekend, iaitu pd hari Jumaat.. Kira tahap selamat laa.. nak tgk angka tu menurun..

AKAN TETAPI...
Jika timbangan weekly diadakan pada hari Isnin, ini menambahkan challenge kita.. So weekend tu, kita akan beringat2 jugak sebelum belasah ape jua makanan.. Kita 'terpaksa' berwork out lebih dari biase.. sebab takut berat badan akan bertambah.. Secara tak langsung, mendidik kita menjadi lebih berdisiplin menghadapi weekend..
So.. ape kate As, Kak D & Anie? Which one do you prefer? Monday or Friday? And on what reason?

Saturday, November 21, 2009

Tips utk menurunkan berat badan



1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. 

Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.



24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.



25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Sumber: http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/

Thursday, November 19, 2009

Resepi sihat: Ayam golek (percik style)

Respi ni copy paste je dr blog peribadiku .. Heheee...


Bahan:
Ayam sekor (saiz kecik)
300 ml santan (150ml santan pekat + 150ml santan cair)* nak ganti santan cair dgn susu cair pon takpe*
5-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia
3-4 sudu cili boh (kalau suka pedas, boleh tambah lagi)
3 biji buah keras
2-4 batang serai - dititik
1/2 cawan air asam jawa
Gula
Garam
2 sudu makan tepung ubi, dibancuh dgn air sket

Cara:
1. Ayam dibersihkan. Nak potong dua boleh, takmo potong pon takpe.. Bior jek tergolek camtuu.. hehe
2. Halia, bawang2 & buah keras ditumbuk halus. Campur cili, gaul rata. Bahagi dua bahagian.
3. Gaul ayam dengan separuh dari bahan tumbuk tadi. Perap lebih kurang 1 jam (tp aku nak cepat, perap 15 minit dah lee.. hikhik)
4. Masukkan santan dalam periuk & campurkan baki bahan tumbuk tu beserta dgn serai
5. Kacau hingga sebati, masak atas api sederhana
6. Bila mendidih, masukkan air asam jawa, gula & garam- Utk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung ubi & kacau perlahan. Angkat kuah bila agak2 dah pekat
7. Panggang ayam yang telah diperap. Curah kuah sedikit demi sedikit semasa memanggang
8. Balik2kan ayam supaya kuah melekat pada ayam tu
9. Panggang ayam hingga masak (lebih kurang 60 minit, bergantung pd saiz ayam)
10. Baki kuah boleh dicurahkan pada ayam yg dah masak

Wednesday, November 18, 2009

Pengumuman sket..
Utk makluman semua..
Oleh kerana blog2 anda merupakan multiple blogs dr satu akaun yang sama, maka sebarang perubahan yg anda buat pada bahagian setting, seperti formatting etc.. akan effect jugak pd keseluruhan blog yg lain.
Ni kira mak borek, anak bintik2.. hahahah..
Harap maklum dan mohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.

Tuesday, November 17, 2009

Diet Tips - 2

Good Info lg dr thread BFT..
Credit to sunshinelady

okay my dear darlings,
i'm back with the diet/exercise that i promised earlier to elaborate on. this time i nak ckp pasal mitos/dongeng dlm hal2 diet okay

Mitos 1: Carbs/ Fat is Bad!
- banyak yg avoid some food in life thinking that carbs/ fat can make u put on weight. the truth is semua food falls into a healthy diet.. provided that u eat balanced all rounded set of food AND in moderation... without trying to restrict urself from eating an entire food group.

Mitos 2: Jangan biarkan diri anda kelaparan
- yg ni wujud sebab ada org percaya yg org gemuks takleh control diri diorang kalau diorang lapar. tapi sebenarnye bila org2 ni dpt blajar antara
physical hunger' & nafsu semata-mata, diorang akan lebih senang nak control their food intake. food will alwiz taste better bila kita kelaparan & bila makan selalu rasa puas kan. so kena la blajar only to eat when hungry. plus kalau kita makan time tak lapar, what is stopping u from actually controlling urself dlm process nak diet ni kan?
kesimpulannye, only eat when u r hungry. tapi kadang-kadang jadual kerja tak mengizinkan.. so yg ni lain story la plak.

Mitos 3: Eat Small Meals Every ~3hours.
- slalunye ni based on org2 kurus yg makan all the time. kalau ikutkan perut kita hanyalah sebesar lebih kurang 2 penumbuk je, so perut boleh handle byk tu saja food. org yg lain size, lain size perutnye. so org2 kurus ni cuma bleh handle sikit je amount of food, they tend to eat again bila lapar semula, this tends to be more frequently then ppl think. tapi diorang ni takde la asik tgk jam je.. lepas 3 jam kena makan. Not like that lah.
Its better to learn what hungry means & listen to ur body signal bila lapar & only eat when u r hungry cam dah discus dlm Mitos 2 tadi.

Mitos 4: Jangan makan lepas pukul 7 malam.
- org2 gemuk yg try to diet during the day selalunye makan byk gila bila dah malam. tu la asalnye cam mana mitos ni wujud. yg sebenarnye terjadi ialah diorang ni makan coz diorang bosan selepas dinner.
yg sebenar-benarnye our metabolism takde la berhenti terus after 7.01pm.  so, better makan dinner when its time to eat, based on kalau u lapar. if u eat properly like wat i've explained in the earlier pages, u will feel satisfied & u wont eat anything more after dinner until time tido. if u find urself bored with something, & terasa nak makan, better makan sth like kacang/ fruits/ oats. and pastikan u isi ur time after dinner with sth useful so that tak kebosanan & makan sth heavy. 

Mitos 5: Eat so & so number of calories each time.
- hmmm.. yg ni mebbie ramai yg tak brapa setuju with me. but calories is just a number. it doesnt make sense kalau kita kena makan the same amount of energy each time. food intake biasenye kena sesuaikan the output & the body's need (e.g. masa sakit/ masa exam). selalunye kita kena latih diri makan time lapar & stop time dah satisfied. also kena train diri makan a well balanced diet, rather than bergantung to the numbers. most of what is happening in our body cannot be quantify to numbers.

Mitos 6: Boleh ada cheat day in a week's diet.
- yg ni boleh dikatakan lawak jenaka. u r perfectly strict with ur diet & exercises 6 hari seminggu, tiba the cheat day u lose control & melantak gila babas. the next day u will become depressed, miserable & continue to be strict again until the next cheat day. imagine this, dlm 6 hari ada kita strict gila kat anak kita then satu hari seminggu tu kita buat tak tau kat dia. bayangkan mcm ni dgn our financial life or kat tpt kerja ke.
to me better kita makan apa yg kita nak, tapi in moderation & kurangkan portion. in that way, diet kita akan consistent dp jadi cam yo-yo. tol tak? yg penting tak buruk lantak setiap kali makan & tak jugak puasa alll the time.

Mitos 7: Exercise more when you cheat

- mitos ni bleh dikatakan half-half true la. i kurang minat yg ni coz kalau this is like menyamakan exercise as a punishment kalau termakan junk/ terlebih makan. sebab tu la ramai org yg tak suka exercise ataupun gunakan exercise utk makan lebih. tadi kita dah bincang memang kena samakan input output ni. tapi byk lagi factor lain utk kita kurang/lebihkan makan at any time. sepatutnye kita focus kat how exercise & eating healthy make us feel good, terasa refresh, better sleep, body bertenaga, mood baik, kulit sihat, etc.

Monday, November 16, 2009

Sosej Gulung


SOSEJ GULUNG 
(Hidangan - 4 org makan)
(Resipi Mul)

Bahan - bahannya : -
8 biji sosej ayam/daging
8 keping roti
1 mangkuk kecil kobis - dihiris halus
1/2 mangkuk karot - dicincang halus
3 biji telur
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara memasak : -
(1) Sosej ayam/daging di rebus seketika. Angkat dan tos.
(2) Roti dilenyek smpai penyek dengan menggunakan pengelek kuih.
(3) Ambil sosej tadi dan letakkan diatas roti berserta sayur2an yang dihiris tadi.
(4) Kemudian gulung kemas - kemas.
(5) Pecahkan telur didalam mangkuk dan kacau sebentar.
(6) Celup roti gulung tadi kedalam telur dan kemudian bolehlah digoreng hingga kekuningan.
(7) Setelah siap hidangkan panas - panas bersama sos cili.

p/s (Mul)- 
-Utk hidangan lebih sihat, bolehla goreng dgn myk sedikit je, cam Kak D buat. Ataupon bleh jugak disapu dgn sedikit marjerin, & bakar je dlm oven. Yg ni tak yah celup dalam telur
- Kalau takmo gulungan roti terbukak mase menggoreng, lekatkan guna sedikit bancuhan tepung + air (cam lekatkan popia tu)



Blog pakar pemakanan - Kevin Zahri

http://cekodok.com/index.php

Diet Tips

Dpt sikit tips kt thread BFT..good info..

Hmmm... ada a few changes that i would like to suggest here lah kan.
- its good that u keep urself hydrated. just letting u kno lah kan, fluid intake slalunye depends on berat badan, activity harian & if u sakit or sihat. how much do u weigh?
- breakie dah okay dah, mebbie u can take a little bit heavier in the morning. include byk carbs (ni masukkan simple carbs mcm menda2 manis tu & complex carbs mcm nasi or oats) & protein. utk immediate energy + maintenance energy.
- lunch, to me, lunch is better taken light lah. ni utk maintenance je. yg ni bleh la nak amik carbs + protein sket + a lil' bit of fat. example: sandwich sardine/ kuih-muih/ half servings of nasi campur/ half servings mee watevre kan.
- dinner u can take a little bit heavier than lunch, but still balanced. kalau boleh tak payah dah amik dessert lepas dinner. kalau nak dessert, makan fruits.
- snacking: u can take watever u want, tapi small portions la. mcm sebiji lepat pisang ke apa2. tapi make sure kalau its a high fat snack, u just jarak-jarakkan time amik snack dgn the proper meal tu la. kalau snack yg sihat mcm kacang2/ fruits, yg tu bleh snacking slalu.

yg ni for a start la. kalau u boleh biasakan this food regime, i think u boleh dah sesuaikan with ur own style/ version of eating, as long as u couple it with daily activities. kalau hari tu byk kerja/ byk stress/ active, lebihkan sket salah satu meals contohnye lunch or snacking. tapi salah satu je, jgn semua plak lebih2 tu.

Wednesday, November 11, 2009

Lose Weight Challenge (LWC)

Adalah dimaklumkan bahawa "Lose Weight Challenge" akan diadakan bermula 16 Nov. 2009.

Tujuan cabaran ini dianjurkan supaya kita sama2 dapat memotivasikan diri sendiri dalam usaha menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. Dengan cara ini juga, ahli2 dapat saling memberi dorongan & sokongan antara satu sama lain.

Syarat2 penyertaan:
1. RM50/person akan dikenakan untuk menyertai LWC ini. Tujuannye supaya anda lebih komited, lebih serius dan berusaha dengan gigih untuk mencapat berat yg diidamkan. (Duit ni pon utk hadiah tauuu.. sebab tak dpt carik sponsor! Hehehe)
2. Anda memang berlebihan berat badan.. yg kurus cikeding tak layak!
3. Takde penyakit kronik, tidak pregnant
4. Cabaran ini akan berlangsung selama 3 bulan. Bermula 16 Nov 2009 sehingga 16 Februari 2010.
5. Sebarang produk pelangsingan adalah TIDAK DIBENARKAN.
6. Kaedah menurunkan berat badan: Menjaga pemakanan dan melakukan senaman, tak kisahla nak jogging ke.. skipping ke.. jalan2 ke.. gym etc..
7. Blog personal akan disediakan untuk anda meng-update segala pemakanan harian anda. Nak letak ape2 berkaitan usaha anda menurunkan berat badan juga adalah dialu2kan, seperti tip senaman yang berkesan, resepi2 menu sihat dan sebagainya lagi
8. Jika dalam tempoh cabaran ini berlangsung dan anda disahkan terpregnant atau pon jatuh sakit.. anda dibenarkan untuk menarik diri dari cabaran ini. Wang akan dikembalikan (jgn risauu beb!)
9. Anda dinasihatkan untuk mengutamakan kesihatan & keselamatan masing2.
10. Peserta yang paling byk dapat menurunkan berat badan dalam tempoh 3 bulan itu bakal menerima hadiah istimewa. Para peserta yang lain juga akan diberikan hadiah penghargaan.

Monday, November 9, 2009

Salam Pembukaan..

Salam buat semua..
Tujuan blog ini adalah untuk memaparkan segala impian kami.. dalam usaha untuk mengurangkan berat badan..
Segalanya akan kami kongsi di sini.. pemakanan, aktiviti, tips dan segala2nya yang berkaitan..
Semoga menjadi inspirasi buat diri kami sendiri dan juga insan2 yang bersemangat waja di luar sana