Tuesday, February 23, 2010

Info ringkas: Makan buah semasa perut kosong

Ni tips yg dapat dr kursus motivasi by Datuk Dr. Fadhilah Kamsah:

Buah sepatutnya dimakan semasa perut kosong, bukan sbg pencuci mulut selepas makan seperti yg kita lazim lakukan. Ia berfungsi sebagai agen nyahtoksik dan juga sebagai pembekal tenaga.

Sistem penghadaman kita telah dicipta oleh ALLAH utk menghadamkan apa2 yg masuk terlebih dahulu. Seperti yang kita tahu, buah2an amat senang dhadamkan. Walaubagaimanapun jika diambil selepas makan , keupayaannya utk hadam akan terhalang oleh makanan2 yg kita telah ambil sebelum itu. Contohnya nasi, daging.. memerlukan masa yang lebih lama untuk hadam. Akibatnya, buah tersebut tidak dapat dihadamkan secara normal. Jika tabiat ini berterusan, akan timbul gejala2 seperti kembung perut dan juga sembelit.

Monday, February 8, 2010

Info ringkas: Guna pinggan mangkuk kalori rendah???

Warna biru atau ungu dikatakan mampu untuk menyekat selera makan seseorang. Jadi, gunalah pinggan atau mangkuk berwarna biru/ungu.. dan pastikan ia juga bersaiz kecil!

Dan perasan tak kebanyakan restoran, terutamanya fast food memilih warna2 yg terang seperti merah atau oren.. Kerana warna2 ini mampu meransang pengunjung2nya agar lebih berselera menikmati hidangan..