Showing posts with label resepi sihat. Show all posts
Showing posts with label resepi sihat. Show all posts

Friday, March 11, 2011

Ayam kukus sos nenas

Kredit to blog Mat Gebu
BAHAN-BAHAN:
4 keping bahagian peha ayam
1 batang serai, hiris halus dan cincang*
1/2 biji bawang besar, didadu halus*
4 biji cili padi, cincang halus*
1 1/2 halia, diparut*
3 ulas bawang putih, diparut*
2 pelepah daun bawang, hiris halus*
Garam secukup rasa
1/2 cawan isi nenas, didadu kecil
1/2 biji cili merah, dadu halus
1/2 biji bawang besar dadu
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
1/3 camca teh gula
1 camca teh kicap cair
1/3 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dibersihkan, buang kulit dan lemak2nya. Perap dengan jus asam jawa dan garam selama 10 minit, cuci kembali toskan hingga kering. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan bertanda (*), kacau rata dan tambah garam secukup rasa (yang ni agak2 lah yea, mat guna "garam gunung"). Kemudian satu bahan tadi dengan ayam dan gaul rata. Perap 1 - 2 jam dalam peti sejuk. Nak sedap perap semalaman...
  3. Siapkan kukusan. Masukkan ayam tadi bersama bahan2 perap dalam bekas tahan panas dan kukus selama 25 minit. Bila siap, alihkan ayam tadi dalam bekas lain. Tapis jus yang terhasil tadi dan tuang dalam kuali. Masukkan nenas, bawang besar dadu, gula dan kicap cair. Kacau rata.
  4. Masak dengan api perlahan hingga nenas lembut. Tambah bancuhan tepung jagung tadi, kacau rata hingga pekat dan masukkan jus limau kasturi. Masukkan cili merah, kacau dan matikan api. Rasa dan jika ok, boleh tuang atas ayam kukus tadi, tuang rata2. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera.

Wednesday, March 3, 2010

Menu sihat dari Oat

"Oat Buah-buahan"


500mililiter jus oren
360gram oat
3 sudu teh kismis
1 biji pisang masak (dikisar)



Cara memasak :

1. Didihkan jus buat seketika
2. Kemudian masukkan oat dan kismis Gaul mesra dan masak sehingga pekat
3. Selepas itu biarkan sejuk sekejap barulah masukkan pisang yang telah dikisar. Gaulkan mesra dan sedia untuk dinikmati
 
"dipetik dari majalah rasa bulan Mac 2010"
 

Monday, December 14, 2009

Lemon rosemary grilled chicken



Sumber: http://jeni.resipi.net/?p=78

1 kg ayam (sekor sederhana tu boleh la)
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil (aku pakai myk jagung. Hantam myk msk kelapa sawit pon ok jekk)
Segenggam Rosemary Kering (aku gune 3 sudu besar)
1 sudu besar lada hitam (kalo nak lagi pedas,blh tmbh..)
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots
1 biji bawang besar dibelah 4

Cara Membuatnya
  1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos. (Aku rebus lemon je..)
  2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (plus lada hitam)
  3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
  4. Lemon yang telah direbus tadi dicucuk-cucuk dengan garfu dan disumbat ke dalam perut ayam.
  5. Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi. (Pastu aku marinate overnite)
  6. Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180′c selama 1 jam atau sehingga masak.
Note: Kalau aku, aku lebih suke lemon tu diperah jusnye terlebih dulu, pastu gaulkan je pd ayam then marinate overnite. So rase lemon tu akan serap ke dalam isi ayam. Kalau stuff camtu jek lemon tu, rase masam lemon tak meliputi bhg luar ayam tersebut. Depends laa.. Ikut taste masing2..

Thank you to Ayu & Del for this great recipe's idea  -Mul-

Ikan kukus serai



Walaupon rupe ikan ni tak cantik, tp rasenye mmg sedapppppp.. Thumbs upp!!
Sumber resepi: http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1172620


Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap/ kerapu / bawal [bersihkan dan kelar] - Aku gune ikan talapia jekk.. heheh.. murah sket

Bahan Hiris
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu] -aku tak letak, sbb nk reduce salt intake
1 s/b sos nampla [sos ikan]

hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
hirisan carrot
jus limau kasturi 

Aku tambah carrot & broccoli

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas]. - den gune loyang jeee..
3. Taburkan bahan yang telah di hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit. 

- Agak2 lagi 5 minit nak masak tu, aku bubuh broccoli & carrot dlm pengukus
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jus limau.
8. Hidangkan dengan nasi putih

Tuesday, December 8, 2009

Roti Naan simple

Bahan2:
3 cwn tepung
1 sudu besar yis
3 sudu besar susu pekat manis (ikut taste masing2 ah)
Air suam anggaran 1/2 cwn (agak2 lah nnti.. biase gune tk smpai 1/2 cwn pon)

Cara:
1. Campurkan yis, tepung & susu pekat
2. Uli tepung dgn tgn, tmbah air suam sedikit demi sedikit.. uli sampai tepung tu tk melekat lagi kat bekas bancuhan (cam buat biskut laa)
3. Uli bulat2 (terpulang la saiznya.. besar sket dr guli pon ok gak). Nk buat besar2 pon no problem
4. Gelek dengan penggelek, biar nipis
5. Goreng dgn api sederhana (tp utk menu lebih sihat, masak je atas non stick pan, cam masak roti canai tu kee atau pon gune myk sket cam masak lempeng)
6. Sedap dimakan begitu sahaja.. atau dicicah dgn sambal, kari.. atau yg sewaktu dgnnye..



Kiri: Roti naan versi goreng & kanan: roti naan tanpa minyak

Thursday, November 19, 2009

Resepi sihat: Ayam golek (percik style)

Respi ni copy paste je dr blog peribadiku .. Heheee...


Bahan:
Ayam sekor (saiz kecik)
300 ml santan (150ml santan pekat + 150ml santan cair)* nak ganti santan cair dgn susu cair pon takpe*
5-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia
3-4 sudu cili boh (kalau suka pedas, boleh tambah lagi)
3 biji buah keras
2-4 batang serai - dititik
1/2 cawan air asam jawa
Gula
Garam
2 sudu makan tepung ubi, dibancuh dgn air sket

Cara:
1. Ayam dibersihkan. Nak potong dua boleh, takmo potong pon takpe.. Bior jek tergolek camtuu.. hehe
2. Halia, bawang2 & buah keras ditumbuk halus. Campur cili, gaul rata. Bahagi dua bahagian.
3. Gaul ayam dengan separuh dari bahan tumbuk tadi. Perap lebih kurang 1 jam (tp aku nak cepat, perap 15 minit dah lee.. hikhik)
4. Masukkan santan dalam periuk & campurkan baki bahan tumbuk tu beserta dgn serai
5. Kacau hingga sebati, masak atas api sederhana
6. Bila mendidih, masukkan air asam jawa, gula & garam- Utk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung ubi & kacau perlahan. Angkat kuah bila agak2 dah pekat
7. Panggang ayam yang telah diperap. Curah kuah sedikit demi sedikit semasa memanggang
8. Balik2kan ayam supaya kuah melekat pada ayam tu
9. Panggang ayam hingga masak (lebih kurang 60 minit, bergantung pd saiz ayam)
10. Baki kuah boleh dicurahkan pada ayam yg dah masak

Monday, November 16, 2009

Sosej Gulung


SOSEJ GULUNG 
(Hidangan - 4 org makan)
(Resipi Mul)

Bahan - bahannya : -
8 biji sosej ayam/daging
8 keping roti
1 mangkuk kecil kobis - dihiris halus
1/2 mangkuk karot - dicincang halus
3 biji telur
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara memasak : -
(1) Sosej ayam/daging di rebus seketika. Angkat dan tos.
(2) Roti dilenyek smpai penyek dengan menggunakan pengelek kuih.
(3) Ambil sosej tadi dan letakkan diatas roti berserta sayur2an yang dihiris tadi.
(4) Kemudian gulung kemas - kemas.
(5) Pecahkan telur didalam mangkuk dan kacau sebentar.
(6) Celup roti gulung tadi kedalam telur dan kemudian bolehlah digoreng hingga kekuningan.
(7) Setelah siap hidangkan panas - panas bersama sos cili.

p/s (Mul)- 
-Utk hidangan lebih sihat, bolehla goreng dgn myk sedikit je, cam Kak D buat. Ataupon bleh jugak disapu dgn sedikit marjerin, & bakar je dlm oven. Yg ni tak yah celup dalam telur
- Kalau takmo gulungan roti terbukak mase menggoreng, lekatkan guna sedikit bancuhan tepung + air (cam lekatkan popia tu)