Bagi mereka yang ingin membuat perubahan dari segi pemakanan yang lebih sihat, buku ini amat disarankan untuk membantu anda mencuba resepi2 yang lebih berkhasiat dan rendah kalori.
Boleh didapati di kedai2 buku, terutamanya MPH & POPULAR
"Mungkin ada yang terliur apabila disebut ayam masak kurma, ikan terubuk masak tempoyak, ketupat pulut palas, kuih koci, kerutup ayam, laksam, labu masak lemak dan gulai ikan tenggiri dengan pucuk pegaga dan sering bertanya bagaimana untuk menyediakannya dengan cara yang sihat.
Hakikatnya inilah antara resipi yang dihidangkan di dalam buku Resipi Sihat, Pilihan Bijak. Ia bukannya makanan baru yang mungkin membuatkan anda berkerut dahi apabila mendengarnya, tetapi makanan lama yang menawan selera masyarakat negara ini sejak beberapa generasi tetapi diubah suai sedikit bagi menjadikannya lebih sihat.
Sebagai contoh, jumlah minyak, garam dan gula dikurangkan bagi setiap hidangan, begitu juga dengan sesetengah bahan seperti santan yang digantikan dengan bahan lain yang lebih sihat.
Sebanyak 100 resipi dari 13 negeri dihidangkan di dalam buku ini yang telah diubah menjadi lebih sihat oleh ahli pemakanan dan dietetik yang bertauliah.
Cara penyediaan juga mudah dan mereka yang baru belajar memasak juga mampu menyediakan masakan ini yang bukan saja sedap tetapi juga sihat.
Apa yang lebih menarik, resipi yang dipaparkan melalui beberapa ujian tetap sama rasanya walaupun beberapa perubahan dibuat untuk memenuhi tuntutan kaedah masakan yang sihat dilakukan.
Selain itu pada setiap resipi dilampirkan dengan kandungan nutrien yang berguna bagi membantu seseorang itu merancang hidangan harian yang berkhasiat di samping beberapa catatan mengenai asal usul sesuatu jenis masakan." - http://www.nutriweb.org.my/article.php?sid=58
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ShareThis
Categories
7 Tips Prevent Putting On Weight
(1)
bakar lemak
(1)
DIET TIPS
(3)
EXERCISE
(4)
Hula- Hoop
(1)
Info diet
(1)
Khasiat Kurma
(1)
Lose Weight Challenge
(1)
Makan buah semasa perut kosong
(1)
pinggan mangkuk kalori rendah
(1)
resepi sihat
(7)
Water Retention
(1)
Powered by Blogger.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
5 comments:
Buku ni dh lame kuar kat psrn.. Kt rumah ni pon dh naik lunyai buku tu.. hehe.. Tp mmg bagus ahh.. byk pilihan.. cuma rajin atau tak jek ahh
-Mul-
ooo ko dh beli ek... hmm menarik ni..-as-
Ha'ah.. buku ni ade 2 ekceli.. yg ni jilid ke-2 ahhh.. Yg 1st punyer tu ade ahh ajar care nk msk nasi lemak yg lebih low calorie, nasi aym, wat pizza.. etc..
Tp mula2 jek aku rajin ikut.. tp pastu Sofea buat main jual2 buku tu.. huhuu.. lunyaiiiiii..
Tp la ni nk kena start balik laaa
-Mul
mul.
nanti bila2 kalau ko g kedai buku,ada buku ni ko tlg belikan ya,nanti aku bayo kat ko.
Ok nia.. insyALLAH... no problem..
-Mul-
Post a Comment