Saturday, March 19, 2011

Senaman selepas bersalin: seawal mana anda boleh melakukannya



Kesimpulan:
1. Jika bersalin secara normal tanpa lain2 komplikasi - boleh melakukan senaman 12 jam selepas bersalin
2. Jika bersalin secara c-sec - perlu tunggu sehingga badan benar2 pulih

Ape pun,anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan apa2 senaman selepas bersalin dan fahamilah "bahasa" badan anda sendiri.

Antara senaman paling mudah & ringkas untuk dilakukan selepas bersalin:

1. Deep adominal breathing




















2. Kegel Exercise













3. Pelvic Tilts

Friday, March 11, 2011

Ayam kukus sos nenas

Kredit to blog Mat Gebu
BAHAN-BAHAN:
4 keping bahagian peha ayam
1 batang serai, hiris halus dan cincang*
1/2 biji bawang besar, didadu halus*
4 biji cili padi, cincang halus*
1 1/2 halia, diparut*
3 ulas bawang putih, diparut*
2 pelepah daun bawang, hiris halus*
Garam secukup rasa
1/2 cawan isi nenas, didadu kecil
1/2 biji cili merah, dadu halus
1/2 biji bawang besar dadu
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
1/3 camca teh gula
1 camca teh kicap cair
1/3 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dibersihkan, buang kulit dan lemak2nya. Perap dengan jus asam jawa dan garam selama 10 minit, cuci kembali toskan hingga kering. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan bertanda (*), kacau rata dan tambah garam secukup rasa (yang ni agak2 lah yea, mat guna "garam gunung"). Kemudian satu bahan tadi dengan ayam dan gaul rata. Perap 1 - 2 jam dalam peti sejuk. Nak sedap perap semalaman...
  3. Siapkan kukusan. Masukkan ayam tadi bersama bahan2 perap dalam bekas tahan panas dan kukus selama 25 minit. Bila siap, alihkan ayam tadi dalam bekas lain. Tapis jus yang terhasil tadi dan tuang dalam kuali. Masukkan nenas, bawang besar dadu, gula dan kicap cair. Kacau rata.
  4. Masak dengan api perlahan hingga nenas lembut. Tambah bancuhan tepung jagung tadi, kacau rata hingga pekat dan masukkan jus limau kasturi. Masukkan cili merah, kacau dan matikan api. Rasa dan jika ok, boleh tuang atas ayam kukus tadi, tuang rata2. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera.

Wednesday, March 9, 2011

Tip diet bantu kawal selera

  1. Kurangkan pengambilan gula. Gula menyebabkan reaksi insulin & ini merendahkan kandungan gula dalam darah. Bila ini terjadi, anda akan cepat merasa lapar & mahu makan dengan banyak lagi.
  2. Jika anda teringin untuk mengunyah snek, elakkan makanan bergula. Pilihlah sayur spt carrot atau celeri, kekacang atau pilihan lain yang rendah karbohidrat.
  3. Buatlah senarai - cuba buat senarai beberapa jenis makanan yang rendah/ bebas lemak & kolesterol. Bila perut lapar, otak akan menghantar isyarat kepada perut utk mula mengunyah. Makanlah apa yg sudah anda tulis saja. Ini membantu anda membuat keputusan yang bagus bila perut mula berbunyi.