Tuesday, January 5, 2010

Makanan pembakar lemak

1. Air sejuk
Minumlah 8 gelas air sejuk sehari  (air masak yg disejukkan hingga 4.5 degrees) Ia dikatakan mampu membakar 200 kalori iaitu bersamaan dengan berlari sejauh 4.8km. Air sejuk membakar lebih kalori berbanding air biasa.
Apabila kita minum air sejuk, suhu badan akan meningkat untuk mengubah suhu air tersebut agar sesuai dengan suhu badan. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan metabolisme badan.Walau bagaimanapun, elakkanlah mengambil sejuk ketika atau sebaik sahaja selepas makan. Ini untuk mengelakkan air tersebut dari melarutkan enzim2 pencernaan yang diperlukan oleh badan.

2. Teh hijau
Teh hijau mengandungi ekstrak 'cannatic' & asid 'gymnemic' yang boleh mengurangkan keinginan mengambil makanan manis. Teh hijau juga meransang makanan untuk bergerak dgn lebih cepat melalui sistem pencernaan. Selain meningkakan metabolisme, ia juga dapat membakar kalori dengan lebih banyak lagi. Selain itu, teh hijau juga mengandungi antioksida yang dikatakan mampu untuk melambatkan penuaan.

3. Limau atau cuka
1 sudu teh cuka atau sedikit pengambilan limau mampu untuk memperlambatkan rasa lapar.

4. Lada atau cili
'Capsaicin' di dalam lada atau cili boleh meningkatkan suhu badan dan seterusnya  meningkatkan kadar metabolisme

5. Halia
Menurut kajian penyelidik dari Australia,pengambilan halia mampu menaikkan kadar metabolisme badan sebanyak 20%.  Halia juga dikatakan mampu untuk menurunkan tahap kolesterol.

3 comments:

This is our journey said...

yessss.. i like cili.. leh tingkatkn kadar metobolisma ek... icccccc-as-

This is our journey said...

a'ah..lg pedas lg cpt cair lemak tau..tahan ngan x jea la..-Kak D

This is our journey said...

ooo...patut la konsep mkn pedas nih sama jek cam minum teh org kg. pas makan je berak! hahaha! -as-

Post a Comment